About

Strategi Internet.com

Strategi Internet.com adalah merupakan sebuah laman maya berbentuk blog yang dicipta khas untuk berkongsikan informasi menarik dan berguna khususnya dalam bidang pemasaran internet.

Blog ini ditujukan khas kepada peminat-peminat konsep pemasaran internet, individu-individu yang ingin menceburi bidang keusahawan internet atau sesiapa sahaja yang mahu mencari maklumat berkaitan strategi untuk membina perniagaan di internet.

Visi Strategi Internet.com adalah untuk menjadikan keusahawan, perniagaan dan pemasaran internet bagi menjana pendapatan secara efektif dan beretika sebagai salah satu pilihan utama rakyat Malaysia.

Bagi mencapai visi tersebut, Strategi Internet.com akan menjadi salah satu medium untuk anda belajar dan menguasai ilmu yang berkaitan dengan perniagaan internet bermula dari perkara asas sehingga ke tahap yang lebih tinggi.

Setiap artikel yang dihasilkan adalah bertujuan membantu para pembaca blog ini untuk menjalankan perniagaan internet dengan cara yang mudah difahami dan praktikal. 


The founder of Strategi Internet.com


Nama: Ahmad Nizamuddin Bin Malek Reedzwan
Nama komersial: Nizam Malek
Tarikh lahir: 26 April 1987
Pekerjaan: Pelajar tahun akhir jurusan Sarjana Muda Farmasi di Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS) dan Internet Marketer
Hobi: Melayari internet, membaca buku berkaitan perniagaan dan motivasi
Minat: Perniagaan dan pemasaran internet
Mentor pemasaran internet: Dr Irfan Khairi, Eruwan Gerry Norsen, Yuzafi, Rahman Basri


Mesej ringkas:

Hye, Assalamualaikum, saya Nizam Malek. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk melawat Strategi Internet.com. Sebenarnya telah lama saya berhasrat untuk mengendalikan sebuah blog informatif yang membicarakan secara khusus berkaitan topik perniagaan dan pemasaran internet, dan Alhamdulillah, ianya dapat direalisasikan jua pada permulaan tahun baru 2011 ini.

Perniagaan dan motivasi merupakan antara minat yang ketara dalam diri saya. Sejak di zaman persekolahan lagi saya telah terlibat dengan banyak aktiviti-aktiviti keusahawanan. Jika ada sahaja peluang untuk membuka gerai keusahawan, sayalah antara yang pertama akan menyertainya. Sejak itu, banyak pengalaman berguna yang saya perolehi berkaitan perniagaan dan ianya sentiasa menjadi perkara yang suka untuk saya bicarakan dan lakukan.

Bermula pertengahan tahun 2009, saya menemui satu medium untuk menjalankan perniagaan dengan lebih mudah iaitu teknik perniagaan menggunakan internet. Walaupun agak asing dengan idea perniagaan di internet, kerana minat yang mendalam, saya mula mencari ruang-ruang untuk mempelajari dan memahami konsep perniagaan internet yang mula menjadi fenomena ini.

Seperkara yang amat menarik perhatian saya berkaitan perniagaan di internet adalah ianya adalah amat praktikal, boleh dilakukan sendiri dan secara kasarnya adalah amat murah jika dibandingkan dengan memulakan perniagaan secara konvensional atau offline. Hampir setiap buku berkaitan perniagaan internet yang saya baca dapat saya praktikkan terus di internet dan perkara yang lebih menyeronokkan ialah, ia sememangnya amat berkesan dan boleh membuahkan hasil.

Pada awal tahun 2010, oleh kerana kekangan modal dan sikap berhati-hati, saya memulakan proses menjana wang di internet secara part time dan hampir semuanya dengan menggunakan modal yang amat kecil. Hasrat pada waktu itu adalah untuk mengguji keberkesanan teknik perniagaan di internet dan mengumpul terlebih dahulu pengalaman sebelum melakukannya dengan lebih serius. Pada waktu itu juga, wang bukanlah keutamaan saya. Yang penting adalah ingin mendapat ilmu, skil dan pengalaman berkaitan selok-belok perniagaan di internet.

Dalam tempoh setahun tersebut, banyak perkara yang saya belajar berkaitan perniagaan dan pemasaran internet dan membuatkan saya rasa amat berminat untuk berkongsikan pengalaman bernilai tersebut dengan orang ramai yang berminat untuk mengetahuinya, atau lebih spesifik lagi, anda!

Apa yang saya cuba sampaikan bukanlah bersifat teori semata-mata yang mungkin sekadar lebih memeningkan para pembaca. Tapi, di Strategi Internet.com, saya ingin menekankan konsep praktikal dalam penyampaian informasi yang boleh membina/membentuk ilmu, skil dan pengalaman anda dalam dunia perniagaan dan pemasaran internet ini.

Seperkara yang ingin saya tekankan di sini adalah, konsep perniagaan dan pemasaran menggunakan internet yang akan saya kongsikan di Strategi Internet.com bukanlah satu konsep buat duit cepat atau teknik goyang kaki atau skim cepat kaya! Tapi, Stategi Internet.com merupakan medium untuk anda belajar konsep/teknik perniagaan dan pemasaran internet sebenar secara berhemah dan beretika.

Penglibatan anda di Strategi Internet.com melalui komen dan pertanyaan amat dialu-alukan dan saya sangat berharap dapat membantu menyelesaikan persoalan atau masalah anda berkaitan perniagaan dan pemasaran internet.

Sekian sahaja mesej 'ringkas' daripada saya, dan saya dahulukan ucapan terima kasih atas sokongan anda. Selamat melayari Strategi Internet.com dan salam kejayaan untuk anda!

Ikhlas,
Nizam Malek
The founder of Strategi Internet.com
http://www.nizammalek.com/