Saturday, July 9, 2011

8 Teknik Pemasaran Facebook Sebenar [Part 2]

Hye, assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Bagaimana dengan 4 teknik pemasaran Facebook yang saya kongsikan dalam post sebelum ini? Baguslah jika ianya bermanfaat untuk anda. Strategi yang saya tunjukkan untuk melakukan pemasaran Facebook adalah mudah dan praktikal, malahan ianya adalah beretika dan mampu membantu anda membina jenama dan kredibiliti perniagaan anda di internet dengan lebih berkesan.

Baiklah, tanpa melengahkan masa lagi, dalam post kali ini saya akan bongkarkan 4 lagi teknik pemasaran Facebook sebenar yang akan membantu anda untuk melakukan pemasaran Facebook dengan lebih berkesan dan mendapat pulangan yang berlipat kali ganda. Ingin tahu apakah 4 lagi teknik tersebut? Mari teruskan bacaan anda hingga ke penghujung post ini.


Teknik #5: Buy Ads

Salah satu fungsi pemasaran yang diperkenalkan oleh Facebook adalah Facebook Ads. Facebook Ads merupakan satu alat pemasaran yang sangat berkuasa di internet malahan beberapa kajian syarikat-syarikat antarabangsa mendapati bahawa pengiklanan menggunakan Facebook Ads adalah lebih efektif berbanding pengiklanan di google menggunakan Google Ads.

Pada tahun 2010, pengiklanan di Facebook masih belum mendapat sambutan kerana ianya masih baru diperkenalkan pada waktu itu dan tambahan pula, masih ramai pengguna Facebook yang tidak mengetahui tentang kewujudan Facebook Ads ini. Namun bermula awal tahun 2011, Facebook Ads telah menjadi satu fenomena dalam dunia pemasaran tidak kiralah secara online mahupun offline.

Tahukah anda, satu fungsi tambahan yang terdapat dalam pengiklanan menggunakan Facebook Ads adalah 'Micro Targetting'? Micro Targetting adalah satu fungsi yang sangat berguna untuk untuk memastikan pengiklanan yang dilakukan mencapai kumpulan sasaran yang dimahukan.

Contohnya, jika anda mempunyai perniagaan menjual tudung muslimah, anda boleh menetapkan (setting) pengiklanan anda supaya ianya tersasar kepada targeted prospect anda sahaja. Dengan berpandukan maklumat demografi dalam akaun setiap pengguna Facebook, mungkin anda boleh mensasarkan pengiklanan perniagaan tudung muslimah anda kepada penguna Facebook perempuan, berumur di antara 18-27 tahun dan yang beragama Islam.

Jika anda menjual produk yang hanya digunakan oleh kaum hawa, sudah semestinya agak sukar untuk anda menjualnya kepada kaum adam. Begitu juga jika anda menjual tudung muslimah, secara logiknya agak sukar untuk anda menjualnya kepada mereka yang bukan beragama Islam. Inilah fungsi Micro Targeting di Facebook Ads yang 'membuang' senarai pengguna Facebook yang mungkin tidak memerlukan produk anda dan seterusnya memfokuskan kepada niche market anda.

Sebagai perbandingan, jika anda menggunakan teknik pemasaran konvensional (mass marketing) seperti memasang iklan di surat khabar atau di radio, anda mungkin perlu menyediakan bajet beberapa ribu ringgit untuknya. Malah, anda tidak dapat mengawal respon mereka yang melihat iklan anda itu kerana mungkin lebih ramai yang tidak berminat dengan tawaran anda.. anda pun tidak pasti.

Lihatlah bagaimana hebatnya fungsi pemasaran dengan menggunakan Facebook Ads. Anda dapat mengurangkan kos pengiklanan dan pemasaran jika anda dapat mensasarkan jenama atau produk anda pada mereka yang berminat dengan apa yang anda tawarkan. Dengan itu, seterusnya peluang untuk anda menjana jualan akan lebih tinggi dengan menggunakan strategi pemasaran Facebook Ads!

Konsep asas dalam pemasaran di Internet adalah, lebih tertumpu tawaran dan target prospect anda, lebih tinggi peluang untuk membuat lebih banyak jualan. Satu lagi perkara asas yang perlu anda fahami adalah, teknik pemasaran menggunakan Facebook Ads adalah mudah, lebih menjimatkan kos dan yang paling penting, ianya adalah efektif.


Teknik #6: Offer Excitement


Satu fakta yang perlu anda fahami berkaitan pengguna-penguna Facebook di seluruh dunia adalah, mind set mereka menggunakan Facebook adalah hanya untuk bersosial. Mereka lebih suka berinteraksi dengan kawan-kawan yang mereka kenal dan tidak gemarkan promosi-promosi agresif yang dicurahkan di wall Facebook mereka. Malah, mereka juga tidak terfikir untuk membeli di Facebook.

Oleh itu, anda perlu bijak dengan menggunakan beberapa strategi pemasaran yang kreatif bagi menukar mind set mereka supaya mereka dengan sukarelanya mengeluarkan duit untuk anda. Apakah rahsia tersebut!? Ingin tahu? =)

Rahsianya mudah, iaitu anda perlu membangkitkan rasa seronok di kalangan pengguna Facebook. Tawarkan sesuatu yang berguna kepada mereka yang membuatkan mereka kembali semula kepada anda untuk membuat pembelian. 

Di sini saya kongsikan 3 cara untuk mencipta keseronokan di Facebook:

1. Berikan Bonus Yang Berkualiti.

Perkataan bonus saja sudah boleh menarik perhatian orang. Bayangkan jika anda menawarkan sesuatu bonus yang berkualiti secara percuma kepada audien Facebook anda, pasti mereka akan menghargai dan mula menyukai anda. Sesuatu yang menarik berkaitan bonus ini adalah, anda tidak perlu menyediakan bonus pada harga yang mahal. Ianya cukup sekadar dengan membuat satu produk informasi untuk diberikan kepada audiens Facebook anda.

Sebagai contoh, jika anda menjual produk tudung muslimah di internet (tudung lagi.. hehehe..), anda boleh buat satu produk informasi dalam bentuk .pdf atau video yang bertajuk "Cara-cara mengosok tudung dengan kemas agar tiada lagi kedutan bila anda memakainya", dan anda berikan produk tersebut secara percuma di Fan Page anda.

Untuk menambah keseronokan, anda boleh membuat syarat seperti, "Saya akan berikan satu bonus khas apabila jumlah fans di Fan Page saya mencapai angka 1000". Dengan itu mereka akan sedaya upaya membantu anda mempromosikan Fan Page anda sehingga mencapai jumlah fans yang anda mahukan. Selepas mencapai sasaran jumlah fans yang anda mahukan, anda hanya perlu postkan satu link download bonus anda itu di wall Fan Page anda.

Dengan itu, audien Facebook anda akan bertambah seronok dan sentiasa ingin melihat perkembangan perniagaan internet anda.  

2. Berikan kupon diskaun

Jika anda rasa sukar dan tiada masa untuk membuat satu produk informasi yang unik dan berkualiti, cara mudah untuk mencipta keseronokan di Facebook adalah dengan memberikan kupon diskaun untuk produk-produk anda secara percuma.

Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan membuat satu design kad ringkas dengan memasukkan informasi diskaun dan tarikh luput kad diskaun tersebut. Kemudian anda boleh sebarkannya di wall secara percuma. Jadi audiens Facebook akan menyukainya dan bila anda membuat promosi produk anda secara soft selling, ianya akan lebih mendapat sambutan. 

3. Adakan peraduan!

Salah satu perkataan yang senang menarik perhatian orang juga adalah 'Peraduan'. Ini kerana, kebiasaannya pemenang peraduan akan memenangi hadiah-hadiah yang menarik. Oleh itu, anda boleh juga gunakan teknik ini untuk menarik minat audien Facebook untuk mendekati jenama anda secara tidak langsung.

Contoh peraduan yang boleh anda lakukan adalah dengan membuat Peraduan Gambar 'Like' Paling Banyak atau Peraduan Komen Paling Menarik.

Sediakan beberapa hadiah menarik untuk peserta-peserta peraduan tersebut seperti hadiah wang tunai atau apa sahaja. Kadang-kadang hadiah tersebut tidak perlu yang mahal-mahal, cukup sekadar jika anda boleh mendapatkan sesuatu yang unik seperti keychain limited edition atau paper bag yang tertera jenama perniagaan internet anda. 


Teknik #7: Online Mobile

Seperti yang anda tahu, Facebook beroperasi 24 jam sehari. Dan jangan pula terkejut jika saya katakan bahawa ada juga yang masih berfacebook walaupun sehingga lewat pagi. Oleh itu, untuk memastikan keberkesanan pemasaran Facebook yang dilakukan, anda perlu lebih aktif berkongsikan tips dan informasi di wall Facebook atau Fan Page anda.

Jika anda mempunyai telefon bimbit pintar seperti Blackberry, Iphone atau pun Nokia yang mempunyai akses internet secara bergerak, anda boleh gunakannya untuk update status anda dengan lebih kerap walaupun anda tidak berada di hadapan laptop anda sepanjang masa.

Online mobile kini amat popular di kalangan pengguna internet seluruh dunia dan Malaysia juga tidak ketinggalan untuk mengikut trend semasa ini. Jadi gunakan peluang ini untuk memasarkan jenama perniagaan internet anda di Facebook dengan seaktif yang mungkin.

Bayangkan, apakah yang anda rasa jika sesuatu akaun Facebook yang mempromosikan sesuatu produk tetapi tidak aktif dan jarang memberikan update status berkenaan tawaran terbaru mereka. Pasti anda pun akan rasa kurang berkeyakinan untuk membeli daripada pemilik akaun Facebook itu dan mencari penjual yang lain untuk mendapatkan produk yang anda mahukan. Begitulah pentingnya menjadi aktif di Facebook. Ia mempengaruhi kepercayaan audiens Facebook kepada jenama perniagaan internet anda.

Teknik ini juga membuatkan anda sentiasa 'visible' di mata audien Facebook anda. Dengan membuat update status di wall anda seperti memberikan tips dan informasi menarik secara berterusan secara berkala, mereka akan mengingati anda dan jenama perniagaan internet anda akan melekat dalam minda mereka. Tapi ingat, anda perlu aktif memberikan tips dan informasi berguna berkenaan niche anda, bukan sekadar ayat-ayat promosi ya..!


Teknik #8: Keep On Going

Ini adalah perkara yang paling sukar dilakukan oleh ramai pemasar Facebook di luar sana, iaitu untuk istiqamah dalam melakukan pemasaran. Ramai yang cepat berputus asa apabila banyak usaha yang dilakukan belum lagi nampak hasilnya, dan terus meninggalkan 'tapak' yang telah dipilih untuk membuat pemasaran di internet.

Walaupun teknik pemasaran menggunakan Facebook adalah sangat efektif, berkuasa dan boleh berkembang secara viral, kredibiliti yang hendak dibina akan mengambil sedikit masa dan usaha. Anda perlu membuat perancangan yang rapi sebelum membuat sesuatu keputusan dalam pemasaran Facebook.

Anda juga perlu jadikan perniagaan internet anda sebagai suatu tabiat di mana anda perlu mengetahui apakah yang pengguna-pengguna Facebook mahukan daripada sesuatu produk yang mungkin mereka akan beli di internet. Kajian pasaran perlu sentiasa dilakukan dan anda perlu jadi lebih kreatif untuk menonjol dalam pasaran Facebook yang amat berpotensi ini.

Selain itu, anda perlu terus melengkapkan diri anda dengan ilmu-ilmu baru berkaitan pemasaran Facebook kerana dunia perniagaan di internet berkembang terlalu pantas dan sentiasa berubah-ubah. Jika anda mampu mengikut trend semasa yang terbukti berkesan dan tidak pula menggunakan kaedah lama yang sudah lapuk, sudah pasti anda akan dapat menguasai teknik pemasaran Facebook terkini dengan lebih efektif dan menjana keuntungan daripadanya.

Jika anda tidak mahu tersilap langkah dalam membuat pemasaran Facebook, saya sarankan anda untuk mendapatkan mentor atau belajar daripada mereka yang terbukti pakar dalam melakukan pemasaran melalui Facebook. 

Saya juga lebih suka untuk belajar terus daripada mereka yang pakar dalam bidang pemasaran internet ini dan alhamdulillah setakat ini saya mampu melihat hasilnya. Jadi ianya tidaklah sia-sia, cuma kita perlu tahu teknik sebenar dan terus aplikasikannya.

 Jika anda masih belum melakukan apa-apa, saya sarankan anda untuk bertindak segera kerana dunia pemasaran intenet sentiasa bergerak pantas. Jika anda tidak mengambil tindakan segera, mungkin orang lain yang akan merampas peluang ini dan anda hanya melihat kejayaan perniagaan orang lain.

Alhamdulillah, anda telah berjaya membaca 8 Teknik Pemasaran Facebook Sebenar yang saya bongkarkan di Strategi Internet.com ini. Kedua-dua post ini saya kreditkan kepada mentor perniagaan internet saya iaitu Dr Irfan Khairi yang banyak memberikan tips dan inspirasi yang berguna berkaitan perniagaan, pemasaran internet, motivasi dan kewangan kepada saya.

Semoga perkongsian pada kali ini membantu anda yang membaca dan saya doakan anda akan berjaya dalam perniagaan internet anda. Bagi yang masih belum bermula dan tidak tahu bagaimana untuk bermula, teruskan melayari StrategiInternet.com kerana saya akan ajarkan kepada anda cara-cara menjana wang di internet terkini secara beretika dan efektif.

Anda boleh berhubung dengan saya melalui facebook:

Dan saya menjemput anda untuk melawat Facebook Fan Page saya di:

Terima kasih atas sokongan dan jangan lupa klik 'LIKE' jika anda rasakan informasi yang saya berikan ini bermanfaat dan berkualiti! =)

3 comments:

redfar said...

thanks for the info..
kadang-kadang sukar juga nak suruh org like ni. :)
kena wat contest lar, free gift dan sebagainya.. kalau benda yg xberfaedah tu senang je di "like".. hehe..

Nizam Malek said...

Huhu biasa lah tu. Takpe, jangan risau kalau masih kurang LIKE.. Teruskan menulis dan aktif membina kredibiliti.. Sampai masa, orang akan 'nampak' jenama kita. =)

Thanks for reading and dropping a comment bro. Really like it. =)

Amry said...

Very good info

Post a Comment