Wednesday, June 29, 2011

8 Teknik Pemasaran Facebook Sebenar [Part 1]

Dalam post sebelum ini, saya telah berkongsikan dengan anda 1 teknik pemasaran Facebook yang dianggap tidak beretika iaitu pictures tagging. Ramai yang memberi respond berkenaan post tersebut sama ada bersetuju dan juga ada yang berpendapat sebaliknya. 

Terpulang pada penilaian masing-masing, namun, bagi pemasar internet yang sebenar, anda perlu menggunakan teknik pemasaran Facebook yang sebenar untuk mengelakkan daripada dilabel sebagai Facebook spammer dan lebih teruk lagi jika anda dibuang terus daripada senarai kawan-kawan Facebook yang anda ada.

Baiklah, dalam siri post kali ini, khas untuk anda, saya akan dedahkan secara terbuka, 8 Teknik Pemasaran Facebook yang diajarkan dan digunakan oleh pakar-pakar pemasaran internet sebenar dalam mempromosikan produk atau jenama mereka di internet. Apa yang menarik, rahsia 8 teknik tersebut tersingkap di sebalik nama Facebook itu sendiri iaitu F.A.C.E.B.O.O.K. 

Teknik #1: Fan Page

Untuk menjalankan pemasaran internet yang berkesan, anda memerlukan satu laman yang dapat menunjukkan siapa anda dan apa yang anda tawarkan. Salah satu cara yang mudah adalah dengan membuka satu Fan Page anda yang tersendiri. Teknik ini adalah sangat berkesan dan berkuasa dalam memasarkan produk dan jenama anda di internet, malahan ianya boleh dilakukan secara PERCUMA!

Antara kelebihan menggunakan Fan Page ini adalah, anda boleh mempunyai unlimited fans berbanding menggunakan akaun Facebook personal anda yang dihadkan kepada 5000 kawan sahaja. Dalam perniagaan internet, mempunyai lebih ramai prospek adalah penting dan 5000 sahaja adalah tidak cukup.

Namun mungkin anda terfikir, senarai kawan Facebook anda cuma ada beberapa ratus sahaja, mungkin 500, 600 atau 700.. Mungkin anda tertanya-tanya, bagaimana nak dapatkan lebih daripada 5000 fans? Saya bukan orang terkenal, macam tak logik sahaja?

Memang betul, untuk mendapatkan senarai Facebook fans yang ramai sehingga beribu-ribu kelihatan sukar. Namun begitu, dengan menggunakan teknik pemasaran yang betul, ianya akan berjaya dicapai walaupun mungkin mengambil masa yang sedikit panjang. 

Seperti kata pepatah, 'Empayar Rom tidak dibina dalam masa sehari'.

Oleh itu, jangan berlengah lagi. Jika anda ingin menggunakan Facebook sebagai medium pemasaran internet anda yang efektif, mulakan dengan membina Fan Page dan terus berusaha untuk mengumpul senarai fans yang ramai. Sampai satu ketika, anda akan dapati jenama produk atau syarikat anda akan menjadi perhatian ramai.

Dengan menggunakan Facebook fan page juga, anda dapat menghantar update-update terkini berkaitan produk perniagaan internet anda kepada mereka yang berminat dan ini dapat memastikan mereka tidak terlepas tawaran-tawaran menarik anda.

Satu lagi tip yang boleh saya kongsikan berkaitan teknik Fan Page adalah, anda boleh menggunakan profile picture untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan. Untuk pengetahuan anda, anda boleh memasukkan profile picture bersaiz sebesar 200x600! Gunakan peluang tersebut untuk memasukkan informasi yang padat berkaitan jenama anda supaya ianya melekat di fikiran fans anda.

InsyaAllah dalam post yang akan datang, saya akan berkongsikan lebih banyak tips untuk menggunakan Facebook profile picture bagi membina kredibiliti dan memasarkan jenama anda secara viral.


Teknik #2: Avoid Spam!

Seperti dalam post saya sebelum ini, saya menyatakan bahawa teknik pictures tagging adalah salah satu bentuk spam yang akan membuat kawan Facebook anda berasa kurang selesa dengan anda. Elakkan juga membuat wall post tagging yang mempromosikan produk anda secara 'hard selling'. 

Semua teknik ini bolehlah dikategorikan sebagai spam kerana mungkin orang yang ditag dalam wall post atau picture tersebut tidak berminat dengannya.

Seringkali kita melihat Facebook spammer akan membuat promosi di Facebook wall mereka secara membuta tuli. Kadang kala, ianya boleh menjadi lebih teruk lagi jika ada yang membuat laporan kepada Facebook berkaitan aktiviti spamming yang anda lakukan. 
Ini akan memberi kesan yang buruk kepada perniagaan internet anda dan seterusnya akan menjatuhkan kredibiliti. Sekali kredibiliti perniagaan anda jatuh, akan sukar untuk mendapatkan kepercayaan pengguna internet semula.

Jadi, jangan sesekali melakukan spam kerana ianya adalah amat tidak efektif dan akan merosakkan nama perniagaan internet itu sendiri. Jika teknik spamming bukanlah teknik pemasaran Facebook sebenar, apakah teknik yang patut digunakan? Ketahuinya dengan membaca teknik seterusnya! =)


Teknik #3: Connect with the Audience

Antara kelebihan teknik pemasaran Facebook adalah, anda dapat berkomunikasi secara langsung dengan  para audien (pengguna Facebook/fans) anda. Gunakan peluang ini untuk membina hubungan dengan mereka dan reputasi perniagaan internet anda secara perlahan-lahan.

Apabila anda menggunakan teknik ke 3 ini, anda akan mudah dikenali di Facebook dan dengan mudahnya anda dapat mempromosikan perniagaan internet anda dengan pantas dan berkesan tanpa perlu bersusah payah lagi. Seperti biasa, teknik ini juga adalah PERCUMA dan mudah untuk dilakukan.

Dalam teknik 'Connect with the Audience' ini, saya akan kongsikan 3 cara yang boleh anda gunakan untuk membina reputasi di kalangan audien Facebook anda.

1. Encourage Discussion.

Gunakan wall post anda untuk bertanyakan soalan-soalan berkaitan niche atau topik perniagaan internet anda. Dengan menggunakan teknik ini, anda dapat menarik mereka untuk memberikan pandangan atau pendapat. Antara soalan yang anda boleh berikan adalah berkaitan kualiti produk yang dijual di internet. Secara tidak langsung, respond daripada audien anda dapat dijadikan maklumat untuk menyediakan produk atau perkhidmatan yang diinginkan oleh audien anda.

2. Reply & Respond

Sila pastikan anda cuba untuk menjawab setiap komen yang diberikan oleh audien anda. Ini adalah penting supaya audien anda sentiasa merasa dekat dengan anda. Jika anda dapat melakukan teknik ini dengan berkesan, akan lebih ramai audien yang berminat untuk mengikuti perkembangan semasa anda dan bersedia untuk menjadi fans di Fan Page anda.

3. Visit Your Audience

Cara mudah untuk membina hubungan dengan audien anda adalah dengan rajin melawat akaun Facebook mereka dan meninggalkan komen di wall mereka. Dengan menggunakan teknik ini, bukan sahaja anda akan dapat membina hubungan dengan audien anda, malah anda dapat memasarkan perniagaan internet anda secara tidak langsung. Tapi, elakkan daripada meninggalkan komen yang merepek-repek. Kalau boleh, gunakan kesempatan itu untuk menghargai audien anda dan membina kredibiliti dengan memberikan komen yang bernas.


Teknik #4: Experience the Brand

Ramai yang tersilap dengan menganggap bahawa jenama adalah hanya dengan mempunyai logo dan slogan. Tetapi, teknik membina jenama sebenarnya adalah lebih daripada itu. Ia melibatkan juga pengalaman pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pemilik perniagaan tersebut.

Sebagai contoh, kenapa ramai yang lebih suka membeli-belah di Jusco berbanding pasar basah biasa, walaupun mungkin harganya lebih mahal? Ini kerana Jusco menawarkan PENGALAMAN membeli yang selesa, bersih dan menyeronokkan. (Ini bukan nak promote Jusco ya (",)).

Begitu juga dengan perniagaan di internet. Pembeli tidak mahu sekadar membeli produk. Mereka mahukan pengalaman keselamatan selain lindungan pembelian tanpa risiko daripada pemilik perniagaan internet. Mereka juga mahu tahu dengan siapa mereka berurusan, sama ada dengan orang yang boleh dipercayai atau tidak dan mereka juga tidak mahu berurusan dengan orang yang mahu berselindung di sebalik logo semata-mata. Oleh itu, anda perlu memastikan mereka dapat mengenali dan mengetahui lebih banyak berkenaan diri ANDA selain produk yang anda promosikan di Facebook.

3 cara untuk membantu membina jenama dan pengalaman kepada audien di Facebook:

1. Letakkan Gambar Sebenar Anda.

Jangan segan, jangan malu-malu untuk meletakkan gambar sebenar anda di Facebook. Elakkan daripada meletakkan gambar-gambar yang tidak berkaitan dengan anda seperti gambar kucing, kartun atau sekadar pemandangan. Mengikut kajian, akaun Facebook yang diletakkan wajah manusia adalah lebih dipercayai dan kepercayaan tersebut boleh meningkat berlipatkali ganda jika anda menggunakan gambar anda yang jelas dan diambil pada depan.

2. Gunakan Wall Status Untuk Berkongsikan Cerita Anda.

Audien di Facebook mahu tahu lebih banyak berkaitan anda. Sesekali, anda boleh gunakan Facebook status anda untuk berkongsikan dengan mereka aktiviti-aktiviti yang anda lakukan. Jika anda perhatikan, ada pemasar internet yang update status mereka dengan mengupload gambar-gambar makanan mereka dan menulis nama restoran yang menghidangkan makanan tersebut. 

Walaupun nampak kelakar dan tidak berguna, sebenarnya ia penting untuk membolehkan audien Facebook 'mendekati' anda secara personal dan ini secara tidak langsung akan membina kepercayaan mereka terhadap anda. Sebaiknya, anda buatkan satu folder khas untuk gambar-gambar seperti itu supaya akaun Facebook anda nampak lebih kemas dan tersusun.

3. Gunakan Video Untuk Menarik Minat

Dunia teknologi kini semakin berkembang dengan pantas. Pengguna internet juga mahukan sesuatu yang lebih menarik dan interaktif selain gambar statik. Oleh itu, anda boleh gunakan teknik video sharing untuk menarik minat audien Facebook anda.

Ianya amat mudah dengan menggunakan Youtube sebagai sumber video anda. Anda hanya perlu buat carian untuk mendapatkan video-video menarik berkaitan niche perniagaan internet anda untuk dikongsikan dengan audien dan fans anda.

Contohnya, jika anda menjalankan peniagaan internet bagi produk fesyen tudung muslimah, anda boleh mencari video-video tutorial di Youtube yang memberi tutorial cara-cara memakai tudung mengikut fesyen terkini. 

Selain memudahkan audien dan bakal pembeli anda, ianya menjadikan kerja anda lebih mudah kerana anda tidak perlu membuat video tersebut. Anda hanya perlu copy dan paste link video di Youtube tersebut dan kongsikannya di Facebook wall atau Facebook Fan Page anda, mudah bukan?

Baiklah, saya telah tunjukkan kepada anda 4 teknik untuk melakukan pemasaran di Facebook beserta dengan beberapa contoh dan huraiannya. Dalam post yang seterusnya, saya akan sambung 4 lagi teknik pemasaran Facebook sebenar yang akan membantu anda membuat pemasaran secara efektif dan membina kredibiliti di arena pemasaran dan perniagaan internet. 


Bertemu lagi dalam post seterusnya, 8 Teknik Pemasaran Facebook Sebenar [Part 2]. Hanya di StrategiInternet.com!

Saturday, June 11, 2011

Cara Pemasaran yang Salah di Facebook | Pictures Tagging |

Facebook adalah satu laman web maya yang menawarkan medium social networking. Ketika dilancarkan pada February 2004, Facebook hanyalah digunakan untuk tujuan bersosial dengan ahli keluarga dan kawan-kawan yang tinggal berjauhan.
Pada waktu itu, fungsi utama yang menjadikan Facebook unik berbanding lawan web social networking yang lain seperti Myspace dan Friendster adalah 'Pictures tagging'. Pictures tagging ini berfungsi menghubungkan profile seseorang dengan kawan-kawan facebooknya dalam satu gambar.

Pictures tagging ini semakin mendapat sambutan dari masa ke semasa kerana ia memudahkan perkongsian gambar-gambar kenangan atau majlis-majlis tertentu. Lebih menarik lagi, seseorang bebas menge'tag' sesiapa sahaja yang berada di dalam facebook friends listnya pada setiap gambar.

Kemudahan fungsi pictures tagging ini memang menarik bagi tujuan bersosial di internet. Namun, sesetengah pihak telah menggunakan idea pictures tagging ini untuk tujuan pemasaran bagi produk-produk yang mereka ingin jual di internet.

Akibatnya, beberapa tahun dahulu, lahirlah beberapa akaun profile 'bisnes' yang hanya digunakan untuk tujuan promosi dan menggunakan sepenuhnya teknik pictures tagging tersebut. Tekniknya mudah, iaitu mereka membuat photo album produk-produk mereka dan mereka tag hampir semua orang yang ada di dalam friends listnya.

Walaupun teknik pemasaran ini sangat berkuasa, mudah dan percuma untuk memasarkan produk di internet, anda perlu ketahui bahawa teknik pemasaran facebook seperti ini adalah salah dan boleh dianggap sebagai 'spamming'.

Spamming secara mudahnya bermaksud seseorang menghantar informasi (tidak kiralah dalam bentuk pictures tagging, email atau apa sahaja) kepada individu yang tidak memintanya.

Jika anda memiliki akaun facebook, saya pasti anda pernah mengalaminya dan memahami perasaan 'tidak selesa' apabila akaun facebook anda di'tag' dengan gambar-gambar produk yang dipromosikan. Mungkin sesetengah tidak kesah, tapi bagi saya, ianya sangat tidak menyenangkan..

Walaupun kadang-kadang mereka menulis nota 'boleh untag gambar jika tidak berminat dengan produk ini', ia sebenarnya lebih memburukkan keadaan kerana ibarat ia satu arahan 'halus' untuk kita dan membuatkan kita pula yang perlu bersusah-payah untuk membuang tag pada gambar mereka.

Jika kita kembali pada asal kewujudan Facebook, ianya adalah medium untuk bersosial dan umumnya, pengguna Facebook tidak akan merasa selesa dengan aktiviti-aktiviti promosi 'keras' seperti ini. 

Memang betul, Facebook kini telah berubah dari sekadar medium untuk bersosial kepada untuk tujuan pemasaran dan kerana itu juga pakar pemasar internet yang sebenar sentiasa menyarankan untuk menggunakan Facebook sebagai medium utama untuk tujuan mempromosikan produk di internet. 

Namun, teknik pictures tagging ini bukanlah salah satu teknik yang baik dan beretika. Untuk memasarkan produk di internet terutamanya di Facebook, anda perlu mengetahui cara-cara sebenar yang tidak dianggap sebagai spam, malahan dengan menggunakan cara yang sebenar ini, anda akan dapat membina kredibiliti dengan sangat pantas dan efektif di dunia internet.
Sebagai pemasar internet yang sebenar, elakkan menggunakan teknik pictures tagging untuk tujuan promosi anda. Di post-post seterusnya, saya akan berkongsikan dengan anda, cara-cara menjadi pemasar Facebook yang baik, membina kredibiliti/jenama dan menjana keuntungan daripada aktiviti promosi di Facebook. 

Anda boleh berikan komen anda berkaitan artikel ini. =)