Sunday, May 22, 2011

Perlukah saya sertai seminar?

Kini, ramai orang kerap membincangkan berkenaan 'kewajaran' menyertai sesuatu seminar atau workshop. Ada yang kata tak perlu, ada yang kata amat bagus.

Jadi saya rasa terpanggil untuk memberikan beberapa tips kepada anda yang sedang berkira-kira untuk menyertai sesuatu seminar atau workshop berkaitan internet marketing.
  1. Ketahui apa yang anda perlukan. Terdapat banyak model perniagaan internet dalam dunia internet marketing. Ada yang menggunakan model ebay atau lelong.com.my, ada yang menggunakan model affiliate, ada yang menggunakan model produk digital seperti ebook, video dan sebagainya. Anda perlu tahu apa yang anda tidak tahu dan apa yang anda cari. Jika anda mahu mengetahui berkaitan selok-belok perusahaan hartanah, anda tidak perlukan seminar yang mengajar berkenaan cara-cara menulis artikel atau buku. Ingat keperluan anda.
  2. Anda perlu kenal pasti modul apa yang ditawarkan oleh seminar atau workshop tersebut dan adakah ia adalah satu keperluan untuk anda. Contohnya, jika anda ingin mengetahui cara-cara buat design minisite menggunakan adobe photoshop CS3, workshop yang menyediakan latihan untuk membuat design minisite adalah bersesuaian untuk anda dan sebagainya.
  3. Kalau boleh, jangan sertai seminar atau workshop yang hanya menggunakan perkataan-perkataan hype seperti hot killer strategies, secrets technique of making money online dan sebagainya tanpa memberi penerangan yang jelas berkenaan topik yang akan disampaikan. Anda perlu tahu membezakan sistem yang benar dan beretika selain sistem yang hanya bertujuan menipu para peserta.
  4. Kenali speaker atau siapa yang akan mengendalikan seminar tersebut. Seringkali kredibiliti dan pencapaian seseorang individu yang telah terlebih dahulu menceburi bidang tersebut dan mempunyai kepakaran dalam menyampaikan info kepada para peserta. Anda boleh gunakan internet untuk mencari maklumat berkenaan speaker tersebut dan nilailah dengan sebaiknya.
Secara umumnya, saya boleh katakan bahawa menyertai seminar untuk internet marketing adalah salah satu cara yang lebih pantas untuk mendapatkan ilmu selain membaca buku atau membuat carian di google.

Segala persoalan atau masalah yang anda hadapi boleh anda ajukan terus kepada speaker seminar semasa berlangsung atau sebelum tamat seminar tersebut.

Walaubagaimanapun, anda perlu jelas bahawa, anda tidak akan dapat menjana wang secara automatik selepas sahaja anda pulang dari sesuatu seminar atau workshop. Sebenarnya, seminar atau workshop merupakan satu medium untuk anda belajar sesuatu teknik yang boleh anda gunakan untuk perniagaan dan pemasaran internet anda.

Pemasaran internet yang sebenar adalah satu cara pemasaran yang beretika untuk membina perniagaan internet. Walaupun ramai yang menyalahgunakan teknik pemasaran internet atas sebab kepentingan sendiri, kita tidak perlu mengikut cara yang tidak baik tersebut. Gunakanlah teknik pemasaran internet dengan penuh bertanggungjawab dan bermanfaat.

Semoga proses pembelajaran anda berkenaan pemasaran interenet akan menjadi lebih pantas selepas menyertai seminar-seminar berkualiti yang diadakan khusus untuk mengajar para peserta berkaitan cara sebenar untuk menjana wang di internet.