Saturday, January 8, 2011

5 kemahiran terpenting Internet Marketer

Untuk menjadi seorang pemasar internet yang hebat, tidak dinafikan bahawa seseorang itu perlu memiliki beberapa kemahiran yang akan memudahkan lagi proses mendapatkan hasil akhir yang memuaskan.

Mungkin sesetengah berpendapat bahawa tanpa kemahiran-kemahiran tertentu, anda masih boleh membina perniagaan internet dengan menggunakan teknik 'outsource' iaitu mendapatkan orang lain yang berkelayakan untuk melakukan perkara-perkara teknikal dalam pembinaan perniagaan internet anda.

Contohnya jika anda tidak pandai membina laman web, anda boleh 'outsource' kerja-kerja tersebut kepada orang lain. Namun, jika anda menggunakan teknik 'outsource' untuk kebanyakan aspek dalam perniagaan internet anda, ia akan menyebabkan modal yang perlu anda gunakan untuk membina perniagaan internet anda menjadi lebih besar.

Terpulang kepada strategi dan kemampuan masing-masing, namun, bagi saya, anda masih boleh dan perlu belajar beberapa perkara asas atau teknikal berkaitan pembinaan perniagaan internet untuk kebaikan anda sendiri. Dengan memiliki kemahiran-kemahiran tertentu, pasti anda dapat banyak berjimat sebelum memulakan perniagaan internet anda.

5 kemahiran yang ingin saya kongsikan ini adalah berdasarkan pengalaman dan pengamatan saya berkaitan dunia perniagaan internet yang membolehkan seseorang itu membina perniagaan internetnya dengan lebih pantas dan mudah.
  1. Research skill. Perniagaan internet yang sebenar merupakan satu teknik penjanaan keuntungan berdasarkan strategi-strategi yang terbukti berkesan. Ia bukan satu teknik yang hanya bergantung pada nasib baik seseorang. Dengan mempunyai 'Research skill' menggunakan internet, seseorang dapat menilai permintaan terhadap sesuatu produk di internet. Terdapat banyak cara untuk melakukan market research di internet. Malahan, ia amat mudah dengan menggunakan google sebagai medium utama mencari hint berkaitan produk yang laris dijual di internet. 'Research skill' amat perlu bagi seseorang internet marketer untuk menangani persaingan perniagaan internet yang kian sengit dari masa ke semasa.
  2. IT skill. Kemahiran menggunakan komputer dan internet adalah kemahiran paling asas untuk menjalankan perniagaan internet. Jika 10 tahun dahulu, sesiapa yang memiliki komputer dianggap amat maju. Namun kini, hampir semua orang telah memiliki komputer atau laptop sendiri. Ia dianggap sebagai perubahan zaman yang memerlukan seseorang mengikut perkembangan semasa agar tidak ketinggalan. Dalam perniagaan internet, kemahiran IT adalah amat perlu bagi seseorang internet marketer. Jika anda rasa kekok menggunakan komputer apatah lagi tidak mahir mencari maklumat di internet, jangan malu bertanya kepada kawan-kawan yang mahir dan mulalah mencuba. Semakin banyak anda mencuba, semakin banyak anda akan dapati bahawa menggunakan komputer dan internet adalah tidak sesukar mana dan ianya boleh dikuasai hampir oleh semua orang. Secara spesifiknya, kemahiran IT yang akan membantu seseorang internet marketer adalah kemahiran asas kod html, penggunaan beberapa software seperti microsoft words atau mungkin saja kemahiran menggunakan email dan laman weblog (blog).
  3. Entrepreneur skill. Perbezaan ketara di antara perniagaan internet dan laman web biasa adalah, laman web perniagaan internet melibatkan transaksi atau proses jual beli. Oleh itu, untuk menjadi seorang internet marketer yang hebat, anda perlu tahu beberapa teknik menjual yang efektif. Tidak guna mempunyai laman web yang menarik dan berkuasa menjual, tetapi pemilik laman web tersebut tidak tahu untuk mendapatkan pelanggan, menghasilkan jualan dan mengekalkan pelanggan yang ada. Tanpa kemahiran keusahawan yang sebenar, kemungkinan seseorang untuk gagal dalam perniagaan internet adalah amat tinggi.
  4. Communication skill. Kemahiran berkomunikasi sememangnya penting dalam sebarang perniagaan. Namun untuk perniagaan internet, kemahiran berkomunikasi lebih banyak menggunakan penulisan. Contohnya penulisan blog, artikel laman web dan email, anda sebagai seorang internet marketer sentiasa berkomunikasi dengan pembaca menggunakan penulisan-penulisan tersebut. Hampir 80-90% daripada proses berkomunikasi adalah dengan menggunakan tulisan. Jadi sebagai pelengkap kemahiran untuk menjadi seorang internet marketer, anda perlu biasakan berkomunikasi secara bertulis. Lagi pantas anda mampu menulis, lebih banyak anda boleh tulis dan lebih banyak ruang untuk anda meningkat sebagai seorang internet marketer yang berjaya.
  5. Proactive skill. Informasi untuk menjalankan perniagaan internet sebenarnya ada di mana-mana sama ada secara percuma atau berbayar. Walaupun menjalankan perniagaan internet adalah mudah dan praktikal, namun ia tidak bermakna anda boleh menjana keuntungan tanpa sebarang usaha yang bertepatan dengan hasil yang anda harapkan. Justeru, ambil tindakan segera setiap kali anda mendapat informasi yang berguna berkaitan pembinaan perniagaan internet. Jika anda mempunyai banyak idea dan pengetahuan berkaitan rahsia sebenar perniagaan internet, tetapi anda tidak mula melakukan sesuatu untuk merealisasikannya atau mempunyai sikap bertangguh-tangguh dalam melaksanakannya, akhirnya, perniagaan internet anda tidak akan dapat berkembang dan orang lain yang akan merebut peluang yang ada.
Untuk mendapatkan kemahiran-kemahiran di atas, banyakkan membaca buku-buku dan banyakkanlah bertanya. Dengan menggunakan internet, hampir semua ilmu dapat kita capai dan gunakannya sebagai proses melengkapkan diri kita. 

Sertai blog-blog atau forum yang membincangkan tentang perniagaan internet dan selalulah tinggalkan komen yang bernas. Dengan itu, anda akan dapat membuka minda dan mendapat ilmu secara percuma.

Semoga dengan perkongsian ini, anda dapat mempersiapkan diri dengan kemahiran dan strategi yang membolehkan anda memulakan perniagaan internet dengan lebih pantas. 

0 comments:

Post a Comment