Saturday, June 11, 2011

Cara Pemasaran yang Salah di Facebook | Pictures Tagging |

Facebook adalah satu laman web maya yang menawarkan medium social networking. Ketika dilancarkan pada February 2004, Facebook hanyalah digunakan untuk tujuan bersosial dengan ahli keluarga dan kawan-kawan yang tinggal berjauhan.
Pada waktu itu, fungsi utama yang menjadikan Facebook unik berbanding lawan web social networking yang lain seperti Myspace dan Friendster adalah 'Pictures tagging'. Pictures tagging ini berfungsi menghubungkan profile seseorang dengan kawan-kawan facebooknya dalam satu gambar.

Pictures tagging ini semakin mendapat sambutan dari masa ke semasa kerana ia memudahkan perkongsian gambar-gambar kenangan atau majlis-majlis tertentu. Lebih menarik lagi, seseorang bebas menge'tag' sesiapa sahaja yang berada di dalam facebook friends listnya pada setiap gambar.

Kemudahan fungsi pictures tagging ini memang menarik bagi tujuan bersosial di internet. Namun, sesetengah pihak telah menggunakan idea pictures tagging ini untuk tujuan pemasaran bagi produk-produk yang mereka ingin jual di internet.

Akibatnya, beberapa tahun dahulu, lahirlah beberapa akaun profile 'bisnes' yang hanya digunakan untuk tujuan promosi dan menggunakan sepenuhnya teknik pictures tagging tersebut. Tekniknya mudah, iaitu mereka membuat photo album produk-produk mereka dan mereka tag hampir semua orang yang ada di dalam friends listnya.

Walaupun teknik pemasaran ini sangat berkuasa, mudah dan percuma untuk memasarkan produk di internet, anda perlu ketahui bahawa teknik pemasaran facebook seperti ini adalah salah dan boleh dianggap sebagai 'spamming'.

Spamming secara mudahnya bermaksud seseorang menghantar informasi (tidak kiralah dalam bentuk pictures tagging, email atau apa sahaja) kepada individu yang tidak memintanya.

Jika anda memiliki akaun facebook, saya pasti anda pernah mengalaminya dan memahami perasaan 'tidak selesa' apabila akaun facebook anda di'tag' dengan gambar-gambar produk yang dipromosikan. Mungkin sesetengah tidak kesah, tapi bagi saya, ianya sangat tidak menyenangkan..

Walaupun kadang-kadang mereka menulis nota 'boleh untag gambar jika tidak berminat dengan produk ini', ia sebenarnya lebih memburukkan keadaan kerana ibarat ia satu arahan 'halus' untuk kita dan membuatkan kita pula yang perlu bersusah-payah untuk membuang tag pada gambar mereka.

Jika kita kembali pada asal kewujudan Facebook, ianya adalah medium untuk bersosial dan umumnya, pengguna Facebook tidak akan merasa selesa dengan aktiviti-aktiviti promosi 'keras' seperti ini. 

Memang betul, Facebook kini telah berubah dari sekadar medium untuk bersosial kepada untuk tujuan pemasaran dan kerana itu juga pakar pemasar internet yang sebenar sentiasa menyarankan untuk menggunakan Facebook sebagai medium utama untuk tujuan mempromosikan produk di internet. 

Namun, teknik pictures tagging ini bukanlah salah satu teknik yang baik dan beretika. Untuk memasarkan produk di internet terutamanya di Facebook, anda perlu mengetahui cara-cara sebenar yang tidak dianggap sebagai spam, malahan dengan menggunakan cara yang sebenar ini, anda akan dapat membina kredibiliti dengan sangat pantas dan efektif di dunia internet.
Sebagai pemasar internet yang sebenar, elakkan menggunakan teknik pictures tagging untuk tujuan promosi anda. Di post-post seterusnya, saya akan berkongsikan dengan anda, cara-cara menjadi pemasar Facebook yang baik, membina kredibiliti/jenama dan menjana keuntungan daripada aktiviti promosi di Facebook. 

Anda boleh berikan komen anda berkaitan artikel ini. =)

0 comments:

Post a Comment