Saturday, February 5, 2011

Jenis produk yang boleh dijual di internet

Untuk melakukan perniagaan internet, anda memerlukan sesuatu produk yang sesuai untuk dijual. Secara umumnya, terdapat 3 jenis produk yang boleh anda jual di internet, iaitu produk fizikal, perkhidmatan dan juga produk digital.

Produk fizikal adalah produk yang dapat disentuh dan digunakan oleh pembeli, contohnya kasut, jam, aksesori kereta dan sebagainya. Manakala perkhidmatan merupakan kerja yang anda lakukan untuk menyelesaikan masalah pelanggan anda. Produk digital pula adalah produk yang tidak boleh disentuh, dan lebih kepada produk berbentuk informasi seperti ebook, audio, video dan software.

Ketiga-tiga jenis produk di atas mempunyai kekuatan dan kelemahannya tersendiri.

Contohnya, menjual produk fizikal adalah mudah kerana ia mengikut trend perniagaan konvensional di luar sana membuatkan penerimaan daripada para pelanggan adalah baik. Namun, kelemahan bagi produk fizikal adalah, anda memerlukan ruang yang bersesuaian untuk menyimpan stok, menguruskan proses penghantaran dan anda mungkin juga memerlukan kos yang agak tinggi untuk mendapatkan stok daripada supplier.

Bagi perniagaan internet yang menjual perkhidmatan, kebiasaannya anda tidak memerlukan modal yang besar untuk bermula. Ianya akan menjadi lebih mudah jika perkhidmatan yang anda tawarkan tersebut merupakan dalam bidang kepakaran dan minat anda, contohnya perkhidmatan mencipta design menggunakan Adobe Photoshop CS3 atau perkhidmatan menulis surat jualan. 

Namun, bagi kategori perkhidmatan, anda memerlukan masa untuk melakukannya. Bayangkan jika anda mendapat 5 tempahan sehari, mungkin anda tidak dapat memenuhi kesemua tempahan tersebut jika anda bekerja seorang diri.

Produk digital berunsur informasi merupakan produk yang paling laris terjual di internet. Jika anda memilih untuk menjual produk digital di internet, kebiasaannya anda tidak memerlukan kos yang terlalu tinggi, dan boleh mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda dengan cara yang amat mudah. Selain itu, anda tidak memerlukan ruang simpanan fizikal yang luas untuk menyimpan produk digital anda, cukup sekadar memori laptop atau pc anda.

Namun, walaupun produk digital dilihat sebagai produk paling mudah dan menguntungkan untuk dijual di internet, ia tidak lah semudah yang disangka, dan memerlukan ilmu yang cukup dan sesuai untuk dipraktikkan.

Persoalannya, bolehkah sesiapa sahaja menjual ketiga-tiga jenis produk di atas? Sebenarnya, dengan menggunakan internet dan kemahiran keusahawanan, anda boleh menjual hampir setiap jenis produk di internet. 

Namun, untuk memastikan kejayaan yang lebih pantas dan jelas dalam perniagaan internet anda, saya sarankan agar anda memilih jenis produk yang paling sesuai dengan diri anda. 

Setelah melakukan market research terhadap produk yang ingin anda jual, anda perlu mengenal pasti minat anda terhadap produk yang mahu anda jual tersebut. Jika anda menjual sesuatu yang anda minati dan sesuai dengan diri anda, ia akan memudahkan lagi proses memantapkan perniagaan internet anda.

2 comments:

Anonymous said...

info yg bguna..

Nizam Malek said...

Terima kasih, sila datang lagi ke Strategi Internet.com untuk mendapatkan tips dan info berguna berkaitan Internet Marketing. =)

Post a Comment